Kunjungan ke Tokyo Disney Resort

Assalamualaikum w.b.t.

Pada minggu lepas saya telah mengunjungi Tokyo Disney Resort. Saya dan keluarga telah menetap di Tokyo Disney Celebration Hotel selama empat hari tiga malam. Inilah kali pertama kami duduk hotel Disney. Hotel tu yang paling murah tapi masih dapat benefit masuk park 15 minit lebih awal daripada pengunjung biasa yang tak duduk hotel. Tokyo Disney juga menyediakan perkhidmatan shuttle ke hotel.

Tarikh yang kami pilih pun strategik sebab ayah dan adik-adik saya dapat cuti Thanksgiving masa tu (23-25 November, Rabu hingga Jumaat). Adik-adik saya pergi international school jadi mereka ikut hari cuti US. Maksudnya kebanyakan rakyat Jepun kena pergi sekolah/kerja masa tu so Tokyo Disney takdelah crowded macam waktu weekend. Masa yang baik untuk pergi Tokyo Disney adalah hari kerja. Kalau nak crowd lagi sikit, pergi hari yang cuaca tak elok (tapi kena tahan lah dengan hujan/sejuk — jangan lupa bawa jaket tebal!). Bila saya pergi kali ni, queue semua pendek-pendek je sebab tak ramai orang! Ride Indiana Jones yang queue dia boleh sampai sejam lebih pada kebiasannya, kami queue selama 15 minit je.

Termasuk kali ni, dari tahun 2006 hingga tahun 2016, Alhamdulillah saya dah empat kali ke Tokyo Disneyland dan lima kali ke Tokyo Disneysea. Memang tempat paling favourite saya di Jepun! Sebab saya memang kaki roller coaster (dan seangkatan dengannya) dan memang peminat tegar Disney.

On Thursday, 24th November, Tokyo saw its first November snow in 54 years. Kebetulan kami dah beli tiket nak pergi Disneysea hari tu. So we got to enjoy the snow from 7am to 3pm! Takdelah lebat sangat, Tokyo Disney pun kat tepi laut jadi bila snow tu ‘touchdown’ je terus cair. It was both a blessing and a pain. My hands were super red and felt like they were gonna die. Also, my umbrella suddenly rosak and I couldn’t be bothered to buy a new one sebab yang dijual kat situ semua mahal dan terlalu besar. I also prayed Zohor in the freezing snow sebab malas nak jalan pergi Mermaid Lagoon (indoor). Tapi best weh naik Raging Spirits (roller coaster) dan Journey to the Center of the Earth (lebih kurang lah macam roller coaster) masa tengah snow! Tapi bila snow dah lebat sikit, Raging Spirits tutup sementara. Huhu. Saya pun tak sangka dapat tengok snow pada bulan November.

(Bukan video saya :P)

Pada hari Jumaat pula, Alhamdulillah, cuaca elok sikit. Dan kami pun pergi ke Disneyland! UNfortunately, they suddenly told us that on that particular day, Disneyland would be closing at 6:30pm (3 and a half hours earlier than usual) due to a special program. They never informed about it on the website, and they didn’t offer a refund or anything which was unfair and disappointing. They just said we could get after-6 Disneysea tickets for 2000 yen (usually 5400 yen for adults). Patutnya bagi masuk free… Dan kami tak masuk pun, in the end. Still, we had fun at Disneyland. My 9-year-old sister rode all the Mountain rides for the first time, and we even went on Splash Mountain and Space Mountain twice.

Apa beza Disneyland dengan Disneysea?

Kalau korang nak bawak budak-budak kecil, mungkin Disneyland lagi sesuai sebab rides dia bersifat lebih comel dan ‘jinak’ berbanding dengan Disneysea, terutamanya di Fantasyland. Dan of course korang wajib berselfie depan Cinderella Castle.

Must-rides for thrill seekers: Splash Mountain, Big Thunder Mountain, Space Mountain, Star Tours

Kalau korang dah pernah pergi Disneyland lain sebelum ni, baik pergi Disneysea kot sebab ia merupakan satu-satunya park Disneysea dalam dunia. Lagi satu, Disneysea lagi besar dari Disneyland so you have to do a lot more walking! According to my phone, I walked 25k steps in Disneysea and 20k steps in Disneyland. Selalunya kalau hari biasa adalah dalam 2-5k… itu pun sebab hantar dan jemput adik dari sekolah jalan kaki. Sekali sekala exercise lah sikit. Scenery Disneysea sangat-sangat cantik sebab ada Mysterious Island, Arabian Coast dan Mermaid Lagoon. ‘Suteki’ kata orang Jepun.

Must-rides for thrill seekers: Journey to the Center of the Earth, Indiana Jones Adventure, Tower of Terror, Raging Spirits

Kalau saya, of course lah saya recommend pergi dua-dua park jika berkemampuan dan berkesempatan. But personally I would choose Disneysea if I had to choose between the two.

Some tips.

  • Better beli tiket online dan print sendiri untuk menjimatkan masa.
  • Maximise your FastPasses as much as possible. Try to memorize the map and strategize properly to avoid excessive walking and to go on as many rides as possible. Masuk-masuk je park terus pergi ride yang hot sebelum queue dia jadi panjang.
  • Tapi, jangan tertipu dengan queue panjang. Sebab queue dia panjang, ride tu nampak macam best. Contohnya, Pooh’s Hunny Hunt, ride terbaru di Disneyland. Kadang-kadang waiting time dia boleh sampai 2 jam lebih waktu peak hours. Ride tu sebenarnya membosankan kalau nak bandingkan dengan ride lain, tapi rakyat Jepun ni dah biasa sangat pergi rides lain, jadi diorang sanggup tunggu lama-lama untuk naik yang paling baru. Baik naik ride lain yang lagi best dan lagi pendek queuenya!
  • Knowing some Japanese will make your Tokyo Disney experience richer. ‘Cause the characters and shows all mostly speak Japanese. Saya pernah pergi sekolah Jepun jadi saya faham lah jugak sikit-sikit. Saya selalu tengok show King Triton’s Concert kat Disneysea dengan ayah saya dan saya BARU TAHU selama ni dia sebenarnya tak faham diorang cakap pasal apa dalam show tu.

Solat dan makanan halal

Kalau korang rajin nak berjalan ke Guest Services setiap kali masuk waktu solat, diorang ada sediakan bilik untuk solat (tikar sembahyang dan tempat wudhu’ TIDAK disediakan). Just say you want to pray. Tapi kalau rasa leceh, macam biasa lah, solat je kat mana-mana ruang terbuka dan menghadap kiblat. Bawa tikar sembahyang sendiri. Tikar tu confirm berguna jugak kalau korang nak tengok parade nanti. Bawa juga botol air kosong untuk memudahkan anda mengambil air wudhu’. Untuk perempuan, bawa travel telekung ataupun lagi bagus, pakai pakaian yang memang dah solat-ready. Apa-apa pun, jangan disebabkan nak meng-enjoy, kita lupa Tuhan.

Makanan halal pun macam biasa lah, kena pandai-pandai cari. Selalunya makan seafood pizza je. Diorang tak bagi bawa masuk bekalan makanan (diorang akan check bag sebelum masuk park) tapi kalau nak jugak kena pandai-pandailah sorok. Kat Disneyland saya selalu makan Seafood Pizza di Captain Hook’s Galley (Fantasyland) ataupun Seafood Cream Calzone di Pan Galactic Space Port (Tomorrowland). Di Disneysea pula selalunya makan Seafood Pizza (again… lol) di Sebastian’s Calypso Kitchen (Mermaid Lagoon) ataupun sandwic di New York Deli (American Waterfront).

Harap artikel ini membantu. Saya bukanlah seorang yang selalu menulis entry travel jadi saya sarankan korang baca blog orang lain jugak 🙂 Have fun and feel the magic!

Advertisements

2 thoughts on “Kunjungan ke Tokyo Disney Resort

  1. Salam Arifah!

    I’ve been reading your blog but first time commenting hehe. I came back from Tokyo 2 weeks ago and Alhamdulillah, they allowed me to bring in food inside for both Disneyland and sea. Not sure if they perasan tupperware dalam lunch bag tu or not when they were checking lah.

    I didn’t know they sediakan ruang solat. Will take note the next time I go there.

    Like

    1. Waalaikummussalam. That’s great, Dee. Perhaps tak perasan ’cause they don’t check it that thoroughly pun hehe. Thank you for reading my blog ❤

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s