#TipsMasukU

Assalamualaikum w.b.t.

Dear adik-adik lepasan SPM, tahniah sebab dah dapat result UPU. Akak perasan post akak pasal interview Mass Comm dapat banyak sangat hits sejak kebelakangan ni. Jadi sekarang akak nak bagi #TipsMasukU.

First things first — korang tahu ke tak apa beza diploma, degree, matrik, A Levels, Form 6 semua tu? Akak dulu dua bulan sebelum masuk U baru faham. Waktu kaunselor terangkan panjang-panjang zaman Form 5 dulu, serius tak tahu dia tengah membebel pasal apa. Mungkin sebab akak anak sulung, and on top of that, cucu sulung (ada sorang lagi tua tapi dia tak sambung belajar). Jadi akak memang tak bergaul lah dengan kalangan mahasiswa. Zaman┬ásekolah pulak tak rapat dengan senior, masuk U baru belajar mengendeng.

Jadi akak terpaksa refer kepada orang-orang tua yang masih ingat boleh masuk degree terus lepas SPM. Mana lah tak pening?

PMR datang dulu, baru SPM. Asasi (foundation), matrikulasi, Form 6, A Levels, Pre-U, diploma, semua itu ibarat PMR. Degree ibarat SPM. Faham tak, adik-adik? Yay, pandai!

Kalau akak, akak ambik diploma, 2 tahun setengah. Diploma ni lama tempohnya berbanding dengan asasi, matrik, Form 6, A Levels, bagai TAPI dengan sijil diploma adik-adik boleh bekerja. Sijil A Levels, matrik, asasi, dan seangkatan dengannya itu tidak bernilai untuk korang mendapat pekerjaan. Sebab function dia┬ámemang untuk menentukan korang ambik degree apa. Orang yang menghabiskan diploma tak semestinya sambung degree. It’s up to them. Memang Allah yang menentukan rezeki but if you’re aiming to work for high-paying companies, it’s best to pursue a degree. Degree holders have a significant advantage over diploma holders. Plus, if you┬ádecide to pursue a degree, more knowledge for you!

EDIT: Rupa-rupanya sijil STPM (Form 6) pun korang boleh bekerja.

Jadi, adik-adik, seelok-eloknya korang buat research betul-betul tentang IPT dan course yang korang nak ambik. Jangan suruh mak isikan UPU. Macam budak-budak. This is YOUR future, mind you, and the decisions you make now will affect the rest of your life. Lagi satu, kalau boleh, pilihlah course yang korang betul-betul minat. Kalau tak minat, takut korang takkan bersemangat nak belajar. Rugi je. Dahlah kehidupan kat U memang banyak cabaran. Kalau ibu bapa tak setuju, carilah cara yang bijak lagi kreatif untuk convince mereka. Ataupun dengar nasihat mereka dan consider balik. Paling penting, berdoalah selalu kepada Allah agar Dia tunjukkan korang jalan yang terbaik. Kadang-kadang kita dapat benda yang kita tak suka, tapi sebenarnya last-last benda tu lah yang terbaik untuk kita.

Jangan sibuk nak masuk IPTS sebab rasa IPTA takde kelas, lepas tu tak nak bayar hutang PTPTN yang bertimbun. Tapi kalau IPTS tu memang terbaik dan korang memang kaya raya ataupun memang berniat untuk selesaikan hutang secepat mungkin selepas dapat kerja, why not?

Tadi tu #TipsSebelumMasukU, sekarang #TipsBilaDahMasukU.

  1. Adik-adik kena rajin. U bukannya macam sekolah, boleh study last minute untuk exam dan dapat A. Nope. Universities reward those who are HARDWORKING, sebab korang akan ada ongoing assessment. Kalau korang pemalas, tak payah harap lah nak dapat GPA tinggi. “GPA tu apa, akak?” Google sendiri. Tak pun tanya abang, tanya kakak. Masuk U kena rajin buat research sendiri. You cannot expect to be spoon-fed all the time.
  2. Adik-adik kena sado. Bukan sado┬ámacam bodybuilder, tapi hati dan jiwa kena sado. Most likely you will have to deal with backstabbers,┬ánasty lecturers, people who use you only for their advantage, friends┬áwho don’t pray, ‘passengers’ during groupwork, people who break your trust, and people who are just unpleasant. Ramai orang akan sakitkan hati adik-adik. But well, that’s life. Bersabarlah selalu. Orang yang sabar takkan rugi.
  3. Adik-adik kena ada jati diri yang kukuh.┬áKalau tiada jati diri, budak sekolah tahfiz pun boleh jadi kaki clubbing bila masuk U, dik. Akak tak bergurau. Bila dah jauh dari pengawasan ibu bapa, mulalah mahasiswa buat perangai. Ikut kawan. Kejar keseronokan. Tunduk pada nafsu masing-masing. Tapi akak percaya, kamu yang membaca post ini, akan jadi mahasiswa LUAR BIASA. Latihkan┬ádiri untuk solat awal waktu, mencintai Nabi, ikatkan hati pada masjid, kerap menghadiri majlis ilmu, bersahabat dengan orang yang soleh. Masuk je U terus cari usrah. You’ll be fine, insyaAllah.
  4. Adik-adik kena jadi original. Think out of the box. Be remarkable. That’s the only way to get noticed. This applies to coursework, presentations, interviews, and such. Kalau semua orang pilih tajuk epal, adik pilihlah tajuk pisang. Dan kalau korang┬árasa korang hebat, buat sesuatu yang hebat tanpa disuruh. Develop an app. Start a fund-raising program for charity. Spread awareness about a disease. Write a bestselling book. Shoot a short film with strong moral values.
  5. Adik-adik kena bergaul.┬áYou need to have connections to survive. Be friendly. Get to know seniors and juniors, from different courses, and make meaningful conversations. Expand your social circle — make friends with people who are very different from you and learn more about the world. Percayalah, ini merupakan suatu pelaburan yang menguntungkan. Masuk persatuan dan kelab, belajar event management, teamwork. Jangan bergaduh dengan orang. Mungkin korang akan bekerja dengan mereka, lima tahun lagi, sepuluh tahun lagi. Be on good terms with everybody. Tak kisahlah dia rektor ke, lecturer ke, classmate ke, makcik cleaner ke, uncle shuttle van ke. Nobody likes a jerk.

Sampai sini saja perkongsian akak pada hari ini. Moga bermanfaat wahai adik-adik. Semoga berjaya!

Sekian, terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s