Syukur

Assalamualaikum w.b.t.

Hai. Dah lama kan aku tak update. Sebenarnya dah genap tiga minggu aku bercuti lama di Jepun untuk melawat keluarga aku. Aku telah dapat peluang melawat banyak landmarks di Tokyo, dengar ceramah Dr. Zakir Naik, dan pergi ke Disney Sea. Aku juga dapat menghabiskan masa dengan keluarga tercinta dan mengambil pengajaran daripada budaya orang Jepun. Tapi itu semua aku akan huraikan dalam post lain.

Pada 13 November 2015, 12:38 tengah malam waktu Jepun semalam aku telah menerima e-mel yang dinanti-nantikan dari UiTM.

Alhamdulillah, pada persepsi orang ramai, PNG aku sangat-sangat memuaskan. Tapi sejujurnya aku kecewa apabila membaca kandungan e-mel tersebut kerana tidak berjaya mencapai 4 flat. Ya, anda boleh kata, “Ya Allah Arifah, bersyukur je lah, aku ni Dekan pun tak mampu” tapi setiap orang ada kemampuan dan expectation masing-masing. Ada orang yang dapat PNG sebanyak 3.5 jauh lagi gembira daripada aku. Tapi target aku memang 4 flat. Aku tidur malam tu dengan harapan bahawa ini semua mimpi buruk dan aku akan bangun pagi seterusnya dengan pencapaian yang lebih memberangsangkan. Tapi… terpaksa redha je lah. Anda boleh panggil aku bajet dan poyo dan berlagak tapi aku memang menulis dari hati.

Subjek CTU (Fundamentals of Islam) yang menjejaskan PNG. Mungkin Tuhan nak beritahu bahawa pencapaian rohani aku tidak memuaskan.

Whatever the case, I am grateful because I have come a long way from where I came from. Sewaktu aku belajar di MRSM, PNG paling tinggi aku pernah dapat ialah 3.2. Academically, I was average, mediocre. So, Alhamdulillah.

Yeah, I SHOULD be grateful. Sebab aku rasa untuk kertas Public Speaking dan Mass Media, bahagian subjektif aku hancur. Untuk CTU, aku belajar last minute. Untuk ko-ko, komander asyik marah aku sebab tak reti kawad. Memang tak sangka dapat A untuk Kesatria. HAHAHA.

Lagipun aku memang bercita-cita untuk dapat 4 flat ataupun hampir 4 flat sekurang-kurangnya sekali sementara ibu bapa dan keempat-empat datuk nenek aku masih bernyawa. Sayangnya, Tok telah meninggal dunia waktu peperiksaan akhir. Pesanan terakhir arwah kepada aku ialah untuk belajar elok-elok. I hope I have done that, and will do that for the rest of my life. Al-Fatihah.

Orang yang benar-benar berjaya ialah orang yang bersyukur. Ribuan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, pensyarah dan rakan-rakan yang telah banyak membantu. Ceh, macam karangan BM PMR lah pulak. Satu hari nanti aku nak pakai selempang warna pink. InsyaAllah. Ayu gitu.

Kepada semua warga UiTM, tahniah atas keputusan anda. Kalau baik, teruskan. Kalau kurang baik, tingkatkan usaha. Percayalah bahawa Allah itu adil. Don’t compare your Chapter 1 to someone else’s Chapter 20.

“Bila dipuji kejayaan kita, sebenarnya bukan milik kita.” — Raihan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s