wajarkah bidang seni diceburi oleh orang islam?

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah ada orang dalam linkungan umur 50-an cakap kat aku, “Kita orang Islam tak payah lah nak belajar seni [di peringkat universiti]. Belajar mengaji ke, apa ke, kan lagi elok”.

Aku malas pula nak cari gaduh dengan orang tua. Haha.

Beliau tak tahu yang aku dah bertahun-tahun berusaha untuk menceburi bidang seni. Bukannya saja-saja aku ambil subjek Pendidikan Seni Visual untuk SPM. I wanted it to mean something.

Firstly, pasal mengaji tu, kalau beliau merujuk kepada belajar dua, tiga kali seminggu dengan tok guru tu, rasanya seluruh umat Islam patut belajar. Tak kisah lah dia doktor ke cikgu ke makcik cleaner ke. Bukankah al-Qur’an akan memberi syafaat di Hari Akhirat kepada orang yang membaca dan mengamalkannya?

Kalau beliau merujuk kepada menghafaz 30 juzuk, mengkaji dan mentafsir maksud al-Qur’an secara formal di menara gading, agaknya beliau tak tahu yang peluang untuk mempelajari bidang agama secara mendalam sangat tipis bagi orang yang tidak mengambil Bahasa Arab untuk SPM. Tetapi tidak mustahil lah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Boleh je cari international scholarship. Boleh je cari IPTS yang rare yang tak mintak Bahasa Arab dalam syarat kelayakan dia. Boleh je nak pergi Darul Quran, graduate dengan CGPA yang tinggi dan mendapat gelaran hafiz ataupun hafizah, pastu sambung belajar kat Jordan / Mesir / Yaman dan sebagainya.

Kita perlukan ulama’, ustaz, ustazah, imam, bilal, sheikh, mufti, dan seangkatan dengannya untuk membimbing umat ke jalan yang benar.

Kita juga perlukan arkitek, penulis, diplomat, chef, pembuat perabot, dan tukang sapu sampah.

Tapi kalau nak jadi arkitek, kenalah buat layout bangunan yang sistematik. Pastikan tempat mengambil wudhu’ untuk perempuan dalam masjid tertutup dengan sempurna dan tidak menyusahkan kaum Hawa.

Penulis perlulah menulis tentang isu semasa dan perkara yang berfaedah. Diplomat haruslah menunjukkan akhlak yang baik kepada orang bukan Islam, dan menjadi pemimpin yang adil. Chef wajarlah memasak makanan yang halal dan memastikan dapurnya tidak kotor. Pembuat perabot boleh berfikiran inovatif dalam mencipta kerusi dan meja yang bersesuaian untuk kanak-kanak. Tukang sapu sampah tidak boleh leka dalam memastikan persekitaran yang disapu sentiasa bersih dan ceria.

Tapi dik, buat apa nak belajar seni? Setakat lukis-lukis, main dengan watercolour, takde faedah langsung! Macam budak-budak!

Perasaan tertarik kepada benda yang lawa merupakan fitrah manusia. Sesuatu yang outstanding akan menarik perhatian orang. Sebab tu orang belajar pasal pengiklanan, branding, psikologi warna, dan lain-lain.

Lihat gambar di bawah ni. Anda rasa nak beli majalah yang mana satu? Agak-agak?

App design is art. Road signs are art. Gadget design is art. Murals are art. Movies are art. Web design is art. Typography is art. Animation is art. Fashion is art. Furniture is art. Building layouts are art. Company logos are art. Billboards are art. Advertisements are art. The colour scheme of a kindergarten is art.

Life itself is art.

Kehidupan ialah seni.

Seni mampu — dan telahpun — mempengaruhi gaya pemikiran masyarakat. Tengoklah Zaman Renaissance. Jadi kalau karya seni mampu mendekatkan diri seseorang kepada Allah, apa salahnya?

A painter can depict the oppression going on in Gaza though paintings, thus inspiring the youth to find out more.

A graphic designer can encourage people to cover their aurah and read the Qur’an through clever advertising and brilliant posters.

An animator can help in producing a movie titled Muhammad: The Last Prophet for Badr International. This actually exists, actually. Watch on Youtube (Bahasa Melayu | English).

A web designer can make attractive yet convenient layouts for both computer and mobile, for an online campaign to donate money to victims of natural disasters.

A filmmaker can produce a film about how incidents such as 9/11 and Charlie Hebdo affect the lives of Muslims, and show the world that Islam does not promote ‘holy war’.

I could go on forever.

Did you know that Generation Z (kids born from the year 2000 and after – a.k.a. our FUTURE LEADERS) are stimulated by graphics and visual effects?

This is where art becomes even more essential.

Fardhu kifayah, in fact.

Sebagai konklusi, bidang seni perlu diceburi oleh orang Islam.

BONUS: Kepada semua orang seni atau orang tak berapa nak berseni di luar sana, apabila anda sedang melukis, mewarna ataupun membuat apa-apa aktiviti yang tidak berapa memerlukan deria pendengaran (contoh: membasuh pinggan, memotong kuku, mengemas bilik, dan lain-lain), dengarlah ceramah agama. Kat YouTube tu ada yang tak sampai empat minit pun, kalau nak buat kerja yang tidak mengambil masa yang lama. Sila rujuk post ini [link].

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s