pesawat.

Assalamualaikum w.b.t.

plscomeback

Genap setahun sejak berlakunya tragedi pesawat MH370 yang begitu sadis. Walaupun sukar dipercayai, apa yang sebenarnya berlaku menjadi misteri besar sehingga kini. Seluruh rakyat Malaysia turut berduka apabila membaca luahan hati ahli keluarga mangsa di laman sosial dan sebagainya.

Mari kita sedekahkah al-Fatihah kepada mereka yang terkorban dalam kemalangan ini.

Kita belajar tentang insiden kapal Titanic yang kononnya mustahil untuk ditenggelamkan. Kita membaca artikel tentang serangan menara berkembar World Trade Center setiap kali tibanya tarikh 11 September. Kita menjadi saksi kepada kehilangan pesawat Boeing 777, sebuah ciptaan yang hebat dan gah.

Persoalannya, mengapakah kita masih rasa bangga diri dengan kelebihan dan nikmat yang diberi? Allah sahaja yang berkuasa atas segala yang berlaku.

Dan bagi kita yang masih lagi diberi keizinan-Nya untuk bernafas di atas muka bumi ini?

Hiduplah.

Hiduplah, wahai manusia. Dan manfaatkanlah hidupmu.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (Al-Asr : 1-3)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s