bulatan gembira.

Assalamualaikum w.b.t.

 
Sebenarnya aku rindu menghadiri usrah. Aku rindu sisterhood. Aku rindu apabila kami sama-sama berkumpul atas dasar berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 
 
Mungkin sesetengah orang menganggap bahawa aku seorang yang pendiam. Tetapi waktu usrah akulah antara yang paling bising. Aku rasa saaangat bahagia, apabila dapat duduk di dalam bulatan, menghayati maksud ayat-ayat al-Qur’an, bercerita tentang sirah Nabi, bersoal jawab, berkongsi pengalaman, mendalami ilmu. 
 
Usrah umpama terapi buat aku. 
 
Here is a productivity tip.
 
Aku menyeru kepada saudara dan saudariku dalam Islam, apabila anda sedang melakukan perkara yang tidak begitu memerlukan deria pendengaran… contohnya, menaiki KTM/LRT, memasak, menunggu bas, melipat baju, dan sebagainya, rebutlah peluang untuk mendengar tazkirah / ceramah yang berfaedah. 
 
Kat YouTube tu banyak weh. Search je! Yang penting, kesungguhan mesti ada. Kalau nak download, boleh guna Youtube to MP3 converter.
 
Kalau dalam Bahasa Melayu ada Forum Perdana, Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Prof. Dr Muhaya, Dr. Fadzilah Kamsah, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, dan sebagainya. Itu kebanyakannya video panjang lah. Kalau nak pendek, TH Filem, Cocombee…. okay, sebenarnya aku tak tahu sangat video pendek dalam BM. Sila bagitahu kalau anda tahu!
 
Untuk video English pula ada Mufti Menk, Nouman Ali Khan, Zakir Naik, Yasmin Mogahed, kalau nak video yang tiga hingga lapan minit, cuba tengok TheMercifulServant, QuranWeekly, Izzat Roslan, The Daily Reminder, Free Quran Education, Productive Muslim dan sebagainya. 
Tiada alasan lagi untuk melagha. 
Advertisements

One thought on “bulatan gembira.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s